Followers

Monday, 17 November 2014

Peranan Pengurus Operasi.

Assalamualaikum and Smile :) shera baru selesai belajar ba terakhir iaitu Operations Management.
Shera nak explain kan sikit pasal bab ni.

Apa itu Pengurus Operasi? 
-Pengurus Operasi ialah proses transformasi yang menukarkan sumber(bahan mentah) kepada barangan siap dan perkhidmatan.
-Ia sangat penting kepada organisasi dan pengurus berdasarkan 3 sebab iaitu;
i)Ia merangkumi proses pembuatan dan perkhidmatan.
ii)Penting dalam keberkesanan dan kecekapan menguruskan produktiviti.
iii)Memainkan peranan strategik dalam kejayaan daya saing organisasi.

Perkhidmatan dan pembuatan.
1.Organisasi Pembuatan
-Organisasi yang menghasilkan barangan fizikal.
-Senang dilihat dalam proses pengurusan operasi kerana organisasi ini akan menukarkan bahan-bahan mentah kepada produk fizikal.

2.Organisasi Perkhidmatan
-Menghasilkan produk bukan fizikal yang mana ia dalam bentuk perkhidmatan.

Mengurus Produktiviti.
1.Produktiviti
-Output keseluruhan barang atau perkhidmatan yang dihasilkan melalui input yang diperlukan menjana output.
2.Faedah Tingkatkan Produktiviti.
-Pertubuhan ekonomi pembangunan
-Gaji lebih tinggi dan keuntungan tanpa inflasi.
-Tingkatkan keupayaan persaingan pada kos yang lebih rendah.

Menguruskan Operasi Menggunakan Pengurusan Rantaian Nilai.
1.Nilai
-Ciri-ciri prestasi,sifat dan mana-mana aspek lain barang dan perkhidmatan untuk pelanggan yang tersedia untuk penghasilan sumber.
2.Rantaian Nilai
-Keseluruhan siri aktiviti kerja organisasi yang tambah nilai pada setiap daripada bahan mentah kepada produk siap.
3.Rantaian
-Proses mengurus daripada turutan aktiviti pengurusan dan maklumat disepanjang rantaian nilai.

Strategi Rantaian Nilai
Syarat-syarat untuk strategi ini
-Penyelarasan dan kerjasama.
-Perubahan dalam proses organisasi.
-Pelaburan dalam teknologi maklumat.
-Kepimpinan yang komited.
-Kerja yang fleksibel dan sesuaikan diri dan kemampuan pekerja.
-Sikap dan budaya organisasi yang menyokong.

Isu semasa dalam Pengurusan Operasi.
1.Peranan teknologi dalam pembuatan.
-Peningkatan automasi dan integrasi daripada pengeluaran boleh mengawal kos perniagaan.
2.Kualiti
-Keupayaan produk dan perkhidmatan untuk melakukan apa yang sepatutnya dijangkakan oleh pelanggan.
3.Kualiti inisiatif
-Perancangan untuk ke arah kualiti.
-Mengatur dan memimpin kualiti.
-Mengawal kualiti.



No comments: