Followers

Wednesday, 12 November 2014

Tips-tips belajar yang berkesan.

Assalamualaikum and Smile :) Ketahuilah tips study yang bijak dan yang boleh membantu korang.

Shera nak kongsi sikit tips nak study. Tips-tips belajar yang patut diikuti :
  • Buat nota ringkas dari bab yang kamu belajar. Lebih senang buat nota ringkas diatas kertas kecil yang senang untuk kamu bawak kemana saja. 
  • Belajar bab yang belum cikgu kamu ajarkan. Ini akan membantu kamu agar lebih memahami bab yang bakal kamu pelajari.
  • Buat jadual belajar, sesetangah orang menggunakan jadual belajar untuk belajar.Tetapi bagi shera, shera belajar mengikut kehendak. Shera akan belajar sesuatu tajuk seandainya shera ingin lebih mendalami apa yang cikgu di kelas. Itu lebih mudah. Senang cerita, shera lebih tekankan subjek yang shera suka.
  • Seandainya ada beberapa tajuk yang anda tidak faham, digalakkan bertanya kepada cikgu kamu.Sesetengah cikgu akan lebih mengajar kita dengan mendalami sehingga kita faham apabila kita berjumpa cikgu itu secara personal.
  • Jika ingin belajar, digalakkan jangan belajar sebelum tidur kerana sewaktu itu kita akan berasa mengantuk dan apa yang dipelajari tidak masuk ke kepala.Digalakkan belajar sesudah bangun dari tidur.
  • Peruntukkan waktu yang seharusnya digunakan untuk belajar ialah 3 jam sehari. Jangan lebih dari 3 jam kerana otak kita hanya mampu mengingat 10% saja apa yang dibaca.
  • Makan lah kismis atau kurma, ini bukan sesungguhnya mujarab tetapi serba sedikit akan membantu kita untuk menguatkan daya ingatan kita semas belajar.
  • Jangan terlalu banyak makan makanan yang masin kerana ianya akan mengurangkan daya ingatan kita



Assalammualaikum and stay cool. Byee :)